Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin NGO A Rajaretinam dituduh di Mahkamah Sesyen Sungai Petani membuat kenyataan dengan niat memecah belahkan keamanan terhadap masyarakat India Muslim dan parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).

Rajaretinam dituduh membuat kenyataan itu dalam media sosial Facebook, selepas Kimma memfailkan aduan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Laporan media menyebut, pengurus hotel 62 tahun itu dituduh bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan di Sungai Petani.

Harian Metro memetik kertas pertuduhan melaporkan, Rajaretinam menulis:

" Don't ever TRUST mamak & Kimma Members .... (jangan sesekali percaya mamak dan anggota Kimma) They just want (mereka hanya mahu) hak istimewa.... sanggup jual diri dan bangsa untuk duniawi."

Sementara itu, Bernama melaporkan Rajaretinam mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial miliknya, yang menghina kaum mamak dan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Ogos lalu.

    

Penyelia hotel berusia 52 tahun itu, dituduh melakukan perbuatan itu di kedai makan sebelah Kuil Kottumalai Vinayagar Jalan Persiaran Maybank, Kuala Lumpur pada 25 Ogos pukul 10.34 pagi.

    

Dia dituduh dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dalam Facebook yang dianggap menghina itu.

    

Rajaretinam yang berasal dari Ampang, Kuala Lumpur didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

    

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Ahmad Zaki Mohd Daud di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk S Ganeson.

    

Ahmad Zaki menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin, namun hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Manakala, NGO India bagaimanapun melihat tindakan itu sebagai pilih bulu dan menyelar pihak berkuasa.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (MIPAS) S Barathidasan membangkitkan kenapa polis tidak mengambil tindakan terhadap NGO seperti PERKASA yang didakwanya membuat kenyataan hasutan.

[Baca berita asal]


KAMLES KUMAR wartawan pelatih di Malaysiakini.

Lihat Komen
ADS