Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: RON95 antara paling murah di dunia
Diterbitkan:  Oct 2, 2014 5:00 PM
Dikemaskini: 9:08 AM

Kenaikan harga petrol tengah malam tadi menyebabkan Pemuda PKR (AMK) berang namun Pemuda Gerakan cuba meredakan keadaan dan mendakwa petrol RON95 masih lagi paling murah di dunia.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kehidupan ramai rakyat Malaysia daripada pekerja di bandar sehingga nelayan bergantung kepada harga petrol yang mampu dibeli.

Menurut Nik Nazmi, masalah tersebut dirumitkan lagi dengan pengangkutan awam lebih baik yang masih belum menjadi kenyataan.

Tambahnya lagi, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bakal menyebabkan harga minyak menjadi satu bebanan buat rakyat kelas rendah dan menengah.

"Kumpulan ini pasti akan menghadapi kesusahan yang amat serius disebabkan kenaikan tersebut.

"Inilah bukti yang jelas bahawa kenyataan kerajaan persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia sedang menikmati taraf hidup yang lebih baik adalah sekadar satu lawak jenaka," kata Nik Nazmi dalam kenyataan.

Secara sinis, Nik Nazmi berkata kenaikan harga petrol sebanyak 20 sen adalah satu "hadiah" kepada rakyat.

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang ( kiri ) dalam respons kepada kritikan terhadap kerajaan berkata fakta menunjukkan harga petrol Malaysia masih lagi murah.

"Petrol RON95 masih lagi antara yang paling murah dalam dunia. Ini fakta," tulis beliau di laman Twitter-nya (@tankengliang).

Harga minyak petrol RON95 dan diesel naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam tadi.

Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi oleh pihak kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS