Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pemimpin Hindraf P Uthayakumar dibebaskan hari ini selepas menjalani hukuman penjara selama 485 hari selepas disabitkan atas kesalahan menghasut.

Kira-kira 60 penyokong Hindraf, yang berpakaian warna oren, berkumpul menunggu Uthayakumar di luar penjara Kajang.

Beliau dibawa keluar dengan sebuah van penjara pada jam 9.45 pagi.

Uthayakumar keluar daripada kenderaan dengan barang-barang beliau - beberapa berkas dokumen mahkamah dan buku - disambut dalam suasana meriah dengan paluan gendang dan pelukan dari penyokong.

Isterinya yang mengalirkan air mata berdiri di satu sudut dengan senyuman ceria diwajahnya.

"Kata-kata pertama saya ialah saya tidak menyesal. Dalam perjuangan demi setiap kebaikan umum, ada harga yang perlu dibayar," katanya kepada wartawan.

GALERI FOTO

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS