Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda Gerakan mengesahkan laporan bahawa kumpulan di kalangan anggota jawatankuasa kerjanya (CWC) meletak jawatan beramai-ramai.

Ketua pergerakan itu, Tan Keng Liang berkata, beliau beliau menerima lima peletakan jawatan setakat ini.

Katanya, beliau terkejut kerana ada media yang melaporkan seramai lapan pemimpinnya meletak jawatan.

“CWC Pemuda Gerakan akan meneliti perkara itu dalam mesyuarat kami pada Selasa malam. Keputusan akan dibuat mengenainya,” kata Tan kepada Malaysiakini.

Katanya, beliau mengarahkan setiausaha agung, William Chang untuk menyiasat peletakan jawatan berkenaan dan menyediakan laporan untuk dibincangkan.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan individu yang sudah mengemukakan surat peletakan jawatan mereka.

Tan berkata, nama tersebut hanya akan didedahkan selepas surat berkenaan dapat disahkan.

Laporan The Sun hari ini melaporkan naib ketuanya Clarence Lee, bendahari agung Adrian Ong Ching Woo, timbalan bendahari agung Chan Tzun Hei, dan anggota jawatankuasa pusat Ivanpal Grewal Singh  mengemukakan peletakan jawatan mereka.

Turut didakwa meletak jawatan adalah dua timbalan setiausaha agung Allan Tang Luan Kang dan Ooi Zhi Yi, serta dua ketua biro Chong Chee Yen dan Chia Gim Tiong.

 

Laporan memetik sumber yang tidak dinamakan itu menyebut, peletakan jawatan berkenaan ekoran pertentangan pendapat berhubung kepimpinan Tan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS