Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan Pulau Pinang hari ini menggesa agensi pembinaan “rumah mampu milik” pusat di negeri itu menjelaskan penjualan sebahagian unitnya melepasi harga siling RM400,000.

Kerajaan negeri juga mendakwa terdapat harga ditetapkan sehingga RM1.8 juta.

Exco perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo berkata, harga siling untuk rumah mampu milik di sebelah pulau ditetapkan RM400,000 seunit dan RM250,000 di Seberang Perai.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, dua agensi persekutuan – Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) dan JKP Sdn Bhd – menjual sebahagian unit dengan harga lebih tinggi.

Jagdeep mendakwa, harga rumah-rumah itu lebih mahal berbanding harga rumah bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) oleh kerajaan persekutuan.

“PERDA dan JKP menjual kononnya rumah mampu milik dengan harga RM250,000 hingga RM575,000 di Seberang Perai dan RM400,000 hingga RM1.8 juta di sebelah pulau,” dakwanya dalam sidang media.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS