Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berikrar hari ini menggunakan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang mengandungi tahanan tanpa bicara terhadap individu yang disyaki operator pusat judi haram jika kerajaan tiada bukti yang cukup bagi mendakwa mereka di mahkamah.

Menurutnya, pembangkang akan berkata yang ia merupakan tahanan tanpa bicara namun ia adalah disebabkan tiada bukti yang cukup untuk membawa mereka ke mahkamah.

"Kita akan lakukan tangkapan termasuk bawah PCA," katanya.

Menurutnya yang juga MP Bagan Datoh, kerajaan tidak pernah berniat untuk menyalahgunakan akta tersebut.

"Nanti di bawah akta ini kita tangkap tanpa bicara kerana tak ada bukti untuk bawa mereka ke mahkamah.

"Bukan kita mahu salah guna undang-undang," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan dari MP Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang mahu tahu keberkesanan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadap aktiviti siber kafe/judi internet.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS