Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong berkata pemimpin Umno yang membuat kenyataan tidak masuk akal berhubung isu sekolah vernakular tidak perlu dilayan.

Beliau juga mempertahankan bahawa sekolah vernakular memainkan peranan besar sejak 50 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan negara.

"Saya fikir kita tidak perlu kecoh dengan seorang dua pemimpin pertengahan Umno yang buat kenyataan seperti ini,” katanya kepada pemberita.

Mah berkata media tidak seharusnya memberi ruang kepada pemimpin berkenaan yang hanya membuat kenyataan seperti itu untuk meraih publisiti.

“Kita tidak patut beri publisiti begitu banyak, jika tidak semua orang akan buat kenyataan tidak masuk akal seperti itu dan turut mendapat publisiti,” katanya.

Presiden GERAKAN itu berkata, sekolah vernakular diiktiraf oleh kerajaan, yang turut menyalurkan bantuan.

"Jadi saya fikir ia bukan satu isu,” katanya.

Tambahnya, beliau juga tidak lagi mengulas apa-apa kenyataan dari kumpulan pendesak Melayu, PERKASA.

“Dia boleh kata apa yang dia suka, saya tidak peduli sangat sekarang.

"Saya rasa media juga tidak perlu memberi begitu banyak liputan, dan tidak perlu mengulas semua isu.

"Ada orang buat kenyataan untuk dapatkan lima minit (publisiti) atau dalam akhbar,” katanya lagi.

Isu berkenaan antara lainnya ditimbulkan oleh ketua Umno bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee yang menggesa keranaan melihat kepada usaha menubuhkan sekolah aliran tunggal.

Katanya, mungkin masanya sudah tiba untuk memansuhkan sekolah vernakular, yang dianggapnya sebagai platform untuk meniupkan sentimen perkauman.

Syed Ali berpendapat bahawa sekolah beraliran tunggal akan dapat membentuk identiti Malaysia di kalangan pelajar dan menyediakan suasana untuk semua pelajar berinteraksi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS