Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mesyuarat exco Pulau Pinang memutuskan larangan ke atas anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Iszuree Ismail (MPPP) dari menyertai sebarang mesyuarat jawatankuasa kecil pihak berkuasa tempatan itu.

Seorang anggota Exco, Dr Afif Bahardin berkata kedudukan Iszuree sebagai ahli majlis buat masa ini juga masih kekal, walau kerajaan negeri sudahpun memutuskan untuk memecat keanggotaan bendahari PAS Pulau Pinang itu.

Afif berkata, keputusan itu tidak akan dilaksanakan sehingga satu lagi mesyuarat diadakan, termasuk dengan para ahli majlis, susulan campur tangan PAS dalam isu berkenaan.

"Kerajaan negeri bermesyuarat hari ini dan memutuskan bahawa Iszuree kekal dalam majlis perbandaran tetapi akan digugurkan dari menyertai sebarang mesyuarat jawatankasa kecil MPPP.

"Peruntukan bajet Iszuree juga akan dibekukan dan disalurkan kepada wakil PAS Mhd Nasir Yahya dan diuruskan oleh PAS Pulau Pinang.

"Dari satu segi, kedudukannya kini masih terumbang-ambing,” kata Afif.

Afif berkata mesyuarat itu turut mengakui bahawa Iszuree menfitnah kerajaan negeri dan bertindak “tidak profesional” dan hilang kewibawaan di mata ahli majlis lain.

Iszuree membangkitkan kemarahan kerajaan negeri apabila beliau menggesa agar dasar pro-BN yang dianggap propemaju dihentikan.

Beliau didakwa membangkitkan perkara itu dalam ucapannya di muktamar parti di Johor pada bulan lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS