Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akta Hasutan: PBB sekali lagi tegur M'sia
Diterbitkan:  Oct 9, 2014 8:47 AM
Dikemaskini: 1:11 AM

Dalam kenyataan kedua terhadap penggunaan Akta Hasutan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Malaysia supaya meminda undang-undang tersebut untuk memastikan ia memenuhi piawaian hak asasi manusia.

 

"Sudah tiba masanya bagi Malaysia untuk menyesuaikan undang-undang, termasuk Akta Hasutan 1948, selaras dengan standard hak asasi manusia antarabangsa, dan mengambil langkah-langkah tegas ke arah menikmati secara berkesan hak kebebasan bersuara," kata empat pelapor khas PBB dalam satu kenyataan bersama.

 

Kerajaan pada masa ini sedang merangka Rang Undang-undang Keharmonian Nasional yang baru bagi menggantikan Akta Hasutan yang kontroversi. Bagaimanapun, ramai orang politik dan individu yang ditangkap di bawah akta itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

 

Pelapor khas PBB itu berkata mereka telah menangani isu Akta Hasutan Malaysia "beberapa kali", termasuk semasa lawatan mereka ke Malaysia.

 

Khususnya, pelapor khas PBB mengenai kebebasan bersuara Abid Hussain telah melahirkan kebimbangan mengenai penggunaan akta itu untuk membendung perhimpunan aman seawal 16 tahun yang lalu.

 

"Akta Hasutan dilaporkan digunakan dengan cara yang menghalang rakyat Malaysia daripada bersuara dan berdebat, secara bebas dan terbuka, pelbagai pendapat dan idea-idea politik," kata pakar-pakar tersebut.

 

Para pelapor khas dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB itu, juga menyatakan bahawa Malaysia, yang terbaru Mac lalu, telah komited uuntuk menangani kebimbangan antarabangsa berhubung penggunaan Akta Hasutan.

 

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS