Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

NGO Islamic Renaissance Front (IRF) menggesa kerajaan menyokong sesi perbincangan meja bulat tentang fundamentalisme dalam agama anjuran mereka, bagi membuktikan kesungguhan mengamalkan kesederhanaan.

Perbincangan itu menampilkan seorang pemimpin Islam liberal terkenal dan ia kini berdepan tekanan dari kerajaan agar dibatalkan.

"Bagaimana kerajaan boleh menonjolkan dirinya sebagai pemimpin gerakan moderat global dan pada masa sama menentang gerakan kesederhanaan.

"Jika anda mahu mendepani kesederhanaan, maka anda perlu cakap serupa bikin dan menggalakkan perbincangan sebegini, dan bukan mencegahnya," kata Ketua IRF, Dr Farouk Musa kepada Malaysiakini .

Beliau mengulas gesaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berpandangan bahawa cadangan penganjuran diskusi meja bulat "Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini" melibatkan tokoh  liberal Indnesia Ulil Abshar Abdalla pada 18 Oktober ini, perlu disekat.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS