Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bekas Presiden Badan Peguam Ambiga Sreenavasan menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri yang menggunakan alasan perlembagaan untuk mewajarkan gesaan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu.

Ibrahim sebelum ini membuat gesaan itu ekoran tidak puas hati dengan penggunaan kalimah Allah dalam Bible yang menurutnya boleh mengelirukan orang Melayu.

Ambiga berkata respon Nancy ( kiri ) dalam hal itu “mengarut seperti kita pekak, tuli dan buta” apabila beliau berkata Ibrahim tidak akan didakwa kerana Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menyentuh larangan penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam.

“Saya tersinggung kerana mereka menggunakan perlembagaan persekutuan untuk mewajarkan perbuatan jijik.

“Di mana dalam Perkara 11(4) membenarkan seseorang itu berucap untuk membakar Bible? Tiada, ini saya boleh pastikan untuk anda,," katanya.

Ambiga berkata demikian dalam majlis makan malam di Pulau Pinang yang dihadiri kira-kira 800 orang.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS