Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penyebaran ideologi kumpulan militan Negara Islam (IS) Iraq dan Syria berada pada tahap yang rendah di Malaysia.

Namun, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerajaan tetap mengambil langkah proaktif untuk memantaunya.

"Walaupun isu ini di tahap yang rendah, namun pihak keselamatan tidak memandang ringan dan akan memastikan ideologi ini tidak menular di negara ini," katanya di Dewan Rakyat pagi ini.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan tambahan selepas menerangkan usaha menjaga keselamatan di pantai timur Sabah.

Menurutnya yang juga naib presiden Umno, negara-negara lain turut memantau penyebaran ideologi IS.

"Ancaman ISIS ini sedang menular, bukan sahaja dipantau oleh rantau kita, tetapi juga negara-negara timur tengah, Iraq, Syria dan sempadan Turki.

"Ini membuatkan kita melihatnya secara serius walaupun ancamannya rendah di sempadan kita," katanya.

IS adalah kumpulan bersenjata dengan seorang pemimpin dengan gelaran 'khalifah'.

Mereka bertindak mengisytiharkan diri mereka sendiri sebagai pemerintah di beberapa wilayah di Timur Tengah.

Lihat Komen
ADS