Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN: Kebangkitan Gerakan bermula di Teluk Intan
Diterbitkan:  Oct 19, 2014 5:32 PM
Dikemaskini: 9:36 AM

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak, kemenangan parti itu dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada Mei lepas sebagai titik tolak kebangkitan parti itu.

Beliau justeru memuji keberanian Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong mengambil risiko menjadi calon BN menentang calon muda popular DAP Dyana Sofya Mohd Daud, lapor Bernama.

"Saya berbangga dan saya mengagumi beliau. Dalam kata lain, dia sanggup meletakkan kedudukannya sebagai presiden Gerakan dalam risiko, maknanya kalau dia kalah tak mungkin dia dapat dari segi moralnya terus mempertahankan kedudukan sebagai presiden.

“Itu adalah risiko yang Mah sanggup ambil dan beliau telah melakukan suatu pengorbanan politik," beliau dipetik sebagai berkata ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan ke-43 di di Shah Alam.

Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M Kayveas dan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Agensi berita nasional juga melaporkan Najib sebagai berkata pada mulanya ramai meramalkan tidak mungkin BN memulihkan defisit sebanyak 7,313 undi di parlimen itu yang menganggap tindakan Mah sebagai bunuh diri.

Dalam pilihan raya kecil 31 Mei lalu, Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Dyana dengan majoriti 238 undi.

Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi.

'Maklumat terlalu banyak'

Perdana menteri juga secara berseloroh menyentuh mengenai Gerakan-MCA yang disifatkan lebih baik terutama ketika di Teluk Intan.

"Saya yakin kalau semangat BN ini dapat kita amalkan maka Parti Gerakan akan terus kekal relevan dalam konteks Malaysia," beliau dipetik sebagai berkata.

Bernama juga melaporkan Najib sebagai mengingatkan pemimpin BN mengamalkan dasar kesederhanaan bagi memastikan rakyat kekal menyokong mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata dalam proses demokrasi Malaysia, kuasa mutlak memilih pemimpin terletak di tangan rakyat dan mereka terdedah kepada banyak maklumat tidak tepat di Internet.

"Rakyat hari ini mempunyai maklumat lebih dan kadang-kadang terlalu banyak. Mereka dihasut (oleh pembangkang) dalam Internet di mana bukan semua maklumat tepat dan banyak pembohongan.

"Bayangkan ketika PRU ke-13 tahun lepas, undi kaum Cina menurun kerana pembangkang mendakwa BN bawa masuk 40,000 pengundi dari Bangladesh dan ramai yang mempercayai perkara itu.

“Ini masalahnya, justeru kita mesti didik rakyat supaya berfikir dengan lebih rasional," beliau dipetik sebagai berkata.

Lihat Komen
ADS