Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Masa depan Pakatan Rakyat Sarawak akan diketahui pada Jun tahun depan apabila PAS mengadakan muktamar pemilihannya, kata Ketua DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Dalam muktamar itu, dijangka berlaku pertarungan mendapatkan tempat antara golongan ulama dan kumpulan progresif.

“Jika kumpulan progesif menang menguasai parti, ia bermakna parti itu tidak akan melaksanakan hudud dan tidak akan condong kepada Umno,” katanya.

“Tetapi jika kumpulan ulama menang menguasai parti, mereka pasti melaksanakan hudud dan bekerja rapat dengan Umno.

“Ini inilah senarionya, DAP Sarawak akan tarik diri daripada Pakatan,” kata Chong, yang juga wakil rakyat parlimen Bandar Kuching dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa.

Buat masa ini, tambahnya lagi, DAP Sarawak akan kekalkan pendirian tidak terlibat dengan sebarang aktiviti dan bekerjasama dengan PKR dan DAP Sarawak ekoran dakwaan pendirian kaburnya berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, keputusan itu dibuat di Sibu pada 20 Julai 2014 dan masih kekal kecuali PAS kembali kepada manifesto bersama Pakatan.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat DAP negeri.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS