Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Penduduk bantah swasta pangkalan TUDM
Diterbitkan:  Oct 20, 2014 8:13 AM
Dikemaskini: 7:11 AM

Seramai 200 penduduk kawasan Teluk Air Tawar, di Butterworth dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pulau Pinang berkumpul secara aman di hadapan pintu masuk Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth bagi membantah cadangan penswastaan kawasan berkenaan.

    

Pengerusi Gabungan Perwakilan Melayu Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin yang mengetuai perhimpunan itu berkata cadangan penswastaan itu akan mengusir penduduk tempatan yang telah menetap di kawasan berkenaan sejak puluhan tahun.

    

"Seperti cadangan pembinaannya, kawasan ini pasti akan diduduki oleh orang kaya dan bangsa asing sahaja dan penduduk di sini terutama orang Melayu tidak akan mampu membelinya.

    

"Kami nampak tindakan itu seperti proses ‘menghalau’ penduduk Melayu secara halus di kawasan berkenaan dan saya juga difahamkan sebanyak 13 buah kampung di kawasan berkenaan akan lenyap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman berkenaan,di Butterworth semalam.

Perhimpunan aman kira-kira 30 minit itu turut disertai ADUN Teluk Air Tawar Datuk Jahara Hamid.

    

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Pertubuhan Alumni Belia 4B Pulau Pinang, Datuk Ismail Yahya berkata cadangan itu merupakan satu kerugian kepada negara memandangkan tapak pangkalan TUDM berkenaan begitu strategik sebagai lokasi pertahanan negara.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS