Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Pelajar dakwa diculik akan didakwa
Diterbitkan:  Oct 20, 2014 8:18 AM
Dikemaskini: 7:16 AM

Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan di Pasir Gudang, Johor akan didakwa kerana membuat laporan palsu kononnya diculik tiga individu tidak dikenali Jumaat lepas.

    

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata pelajar wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau dendaRM2,000 atau kedua-duanya.  

    

Beliau berkata berdasarkan siasatan polis, pelajar itu didapati mereka-rekacerita diculik ketika berada di hadapan rumah sewanya di Pasir Gudang, setelah tertekan kerana gagal menyiapkan tugasan kursusnya.

    

"Menerusi siasatan lanjut  malam tadi, kita dapati kenyataan pelajar berusia 20 tahun itu bercanggah dan dia mengaku membuat laporan palsu.

    

"Pada mulanya pelajar itu berbuat demikian untuk menipu rakannya dan tidak berniat memperbesar perkara itu namun sebaik tiba di Dungun, dia memaklumkan kepada ibunya bahawa dia diculik sebelum disuruh membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di semalam.

Dalam laporan polisnya di Balai Polis Daerah Dungun pagi kelmarin, pelajar itu mendakwa dia diculik bersama tujuh lagi kanak-kanak.

    

Wan Aziz berkata susulan laporan itu, polis  menggerak semua unit dan melakukan Ops Tutup dan Ops Kesan di Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis.

    

Pelajar itu, yang berasal dari Ampang, Selangor mendakwa berjaya melarikan diri selepas 10 jam diculik di Johor Bahru ketika lori yang membawanya dan mangsa lain berhenti mengisi minyak di Dungun awal pagi, kelmarin.

    

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan seorang penjual akhbar sebelum seorang penduduk yang kebetulan berhenti membeli surat khabar di situ bertindak membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk membuat laporan.

    

Pelajar wanita itu memaklumkan dia bertindak melarikan diri dalam keadaan ketakutan sehingga tidak sempat mengecam nombor pendaftaran lori itu tetapi mendakwa suspek terdiri daripada tiga lelaki manakala kesemua mangsa akandi bawa ke Kelantan sebelum dibawa masuk ke negara jiran.

    

Wan Aziz berkata remaja itu telah diserahkan kepada keluarganya dan akan didakwa dalam masa terdekat.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS