Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA: Kamu panggil kami parasit?
Diterbitkan:  Oct 20, 2014 11:15 AM
Dikemaskini: 1:26 PM

Presiden PERKASA Selangor Abu Bakar Yahya bertanya sama ada Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang merujuk kepada pertubuhan Melayu itu apabila membuat kenyataan tentang NGO "parasit" dalam BN.

Abu Bakar, dalam Facebook pertubuhan itu, menegaskan bahawa parti komponen BN itu harus berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia hanya akan merugikan BN dan boleh menguris perasaan pengundi mereka khususnya yang menjadi ahli NGO itu.

"Jika kenyataan Ketua Pemuda Gerakan bermaksud mengatakan NGO tersebut adalah PERKASA sebagai parasit dalam BN, (ia) adalah satu kenyataan yang tidak matang dan tidak bijak dalam sesebuah parti politik.

 

"Kenyataan itu juga boleh merugikan BN kerana ahli-ahli PERKASA kebanyakannya adalah pengundi yang akan mengundi di waktu pilihan raya," katanya.

Dalam mesyuarat agung Gerakan hujung minggu lalu, Tan menggesa BN menjauhkan diri daripada NGO perkauman dan keagamaan yang disifatkan sebagai parasit yang boleh menjejaskan parti.

Sementara itu, kenyataan delegasi Johor telah mencetuskan kemarahan pertubuhan Melayu yang mahu beliau dipecat dari parti itu kerana mengatakan Umno harus berhenti membuat kenyataan mengenai "pendatang" kerana orang Melayu juga merupakan pendatang di negara ini.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS