Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Liow: Tak benar kabinet putuskan isu bakar Bible
Diterbitkan:  Oct 20, 2014 1:43 PM
Dikemaskini: 5:46 AM

Menteri pengangkutan menafikan kabinet membuat keputusan berhubung langkah kerajaan tidak bertindak terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ekoran gesaannya membakar Bible berbahasa Melayu.

Datuk Seri Liow Tiong Lai mengakui kabinet membincangkan perkara itu dalam mesyuarat minggu lepas tetapi tiada keputusan dibuat, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Liow dilapor berkata, dakwaan itu tidak tepat, walaupun beliau tidak menamakan nama individi yang mengemukakannya.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri memberitahu media bahawa beliau tidak akan meminta Pejabat Peguam Negara menyemak semula keputusan untuk tidak bertindak terhadap Ibrahim ( atas ).

Katanya, kabinet selepas mesyuarat pada Jumaat membuat keputusan berhubung perkara itu, tetapi tidak mendedahkan butirannya.

Ibrahim pada 13 Oktober menjelaskan seruan membakar Bible yang dibuatnya sebelum ini disalah tanggap.

Beliau dilaporkan menjelaskan, beliau menasihatkan ibu bapa Islam mengambil tindakan itu jika anak mereka menerima naskhah Bible berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah sahaja.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS