Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Empangan dibina firma M'sia masalah di Mekong'
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 9:57 AM
Dikemaskini: 7:38 AM

Sebuah gabungan mewakili nelayan Thai dan Kemboja menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat syarikat Malaysia berhubung sebuah empangan di Laos yang didakwa menjejaskan kehidupan sekitar Sungai Mekong.

Dalam memorandum diterima oleh Pesuruhjaya Suhakam James Nayam, kumpulan itu mendakwa empangan Don Sahong akan menghalang pergerakan ikan dan “boleh memusnahkan populasi ikan”.

Empangan yang dibina oleh syarikat Malaysia itu dikatakan akan menjejaskan sumber makanan dan mata pencarian penduduk sekitarnya.

Pengadu meminta Suhakam menyiasat syarikat itu atas dakwaan tidak mematuhi piawaian hak asasi manusia.

Mereka juga mahu projek itu dihentikan serta merta sementara menunggu hasil kajian penilaian impak.

“Projek Don Sahong mewakili apa yang berlaku di pelbagai tempat di Asia Tenggara,” kata peguam EarthRights International Tanja Venisnik.

Gabungan itu merangkumi Cambodian Rural Development Team (Cambodia), Community Resource Centre (Thailand), EarthRights International (USA), International Rivers (USA), NGO Forum on Cambodia (Cambodia) dan Northeastern Rural Development (Cambodia).

Menurut NGO itu, empangan itu bukan hanya menjejaskan Laos, tempat ia dibina, tetapi juga Kemboja yang cuma dua kilometer dari tempat itu, serta penduduk di Vietnam dan Thailand.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS