Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Laporan mendakwa Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai dan menteri undang-undang Nancy Shukri membuat kenyataan bertentangan tidak tepat, kata Nancy.

Nancy berkata, ekoran rungutan awam, kabinet diberi taklimat kenapa Presiden PERKASA Ibrahim Ali ( bawah ) tidak didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berhubung gesaan membakar Bible berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, bukan bawah bidang kuasanya untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Kabinet sudah buat keputusan? Sebenarnya daripada apa yang saya lihat, ia tidak benar.

"Itu sebabnya jangan bergantung kepada media sosial. Saya baru baca (laporan) semalam bahawa Liow dan saya saling bertentangan.

“Sebenarnya, kami, kabinet tidak buat keputusan untuk AG (peguam negara), OK?

"AG bertindak berdasarkan undang-undang, jadi jika kami beri arahan pada AG, orang akan kata kami campur tangan dengan tugas AG,” katanya ketika diminta mengulas laporan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS