Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKR ketengah kes Anwar ke luar negara
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 12:44 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

PKR membawa isu perbicaraan kes pertuduhan liwat ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan siri penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk perhatian antarabangsa.

Tiga ahli parlimennya, termasuk Naib Presiden Rafizi Ramli (Pandan), dalam lawatannya mereka ke Australia mengutarakan perkara itu kepada menteri luar negara itu Julie Bishop.

Sim Tze Tzin (Bayan Baru) dan Lee Chean Chung (Semambu) turut serta dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia Julie Bishop, menurut kenyataan bersama mereka hari ini.

“Dalam mesyuarat itu, delegasi PKR membawa isu kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Akta Hasutan dan isu-isu perkauman yang dimainkan sebagai alat politik di Malaysia untuk dibincangkan dengan Julie Bishop, menteri luar Australia,” kata mereka.

Ketiga-tiga wakil PKR itu berkata, mesyuarat berjalan dengan baik dan dianggap berjaya.

Mereka juga membawa isu sama kepada Timbalan Presiden Senat Australia Senator Gavin Marshall dan Nick Xenophon, ahli parlimen Australia dan kedutaan-kedutaan.

Malah, kata PKR, delegasi PKR juga membuat kenyataan media bersama Xenophon di lobi Parlimen Australia mengenai perkembangan terkini di Malaysia.

“Misi delegasi PKR ini akan diteruskan ke negara-negara lain untuk membawa tindakan BN yang melanggar adab kedaulatan undang-undang di Malaysia ke perhatian dunia,” katanya.

Lihat Komen
ADS