Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Debat pendatang hanya layan pentaksub, kata NGO
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Perbahasan berhubung isu pendatang tidak patut dibincangkan lebih lanjut kerana ia hanya melayan kepentingan golongan pentaksub dan pelampau, kata Presiden Bersama Centre for a Better Tomorrow (Cenbet) Gan Ping Sieu.

Katanya, perbahasan bagi mengenal pasti siapa pendatang di kalangan rakyat Malaysia hanyalah sebuah perbahasan palsu.

“Melakukan perkara itu hanya melayan kepentingan pentaksub dan pelampau yang mahu menyebarkan sentimen dan kekeliruan awam untuk tujuan politik.

Beliau sebaliknya berkata, perkara sebenar yang perlu dibimbangi berhubung isu cubaan pendatang haram dan pekerja asing untuk menjadi warganegara Malaysia.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS