Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Staf bukan India buat hiasan 'rangoli'
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 2:57 PM
Dikemaskini: 6:58 AM

Berdasarkan semangat 1Malaysia, lima staf bukan India Terminal Subang SykyPark mempamerkan kreativiti mereka, membantu membuat hiasan lantai tradisional 'rangoli' atau kolam di pintu masuk Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) sempena sambutan Deepavali esok.

Pengurus Komuniksi Korporat Kumpulan Subang SkyPark Sreekala Nambiar berkata dipercayai rangoli bermotif corak tradisional teratai dan paisley, menggunakan pelbagai serbuk pewarna daripada jingga, kuning dan merah jambu untuk warna biru dan hijau, akan membawa tenaga positif di samping menjadi hiasan menyambut ketibaan penumpang di pintu masuk LTSAAS.

"Penumpang dan pembeli di Terminal Subang SykPark gembira dan teruja melihat kakitangan bukan India kami bersama-sama staf India, sibuk mereka bentuk kolam itu bagi menghasilkan hiasan yang indah.  

"Komitmen dan kesepakatan yang ditunjukkan oleh kakitangan bukan India untuk menghasilkan hiasan lantai itu adalah mengagumkan," katanya kepada Bernama ketika bertemu di LTSAAS.

Sreekala berkata bermula sebagai aktiviti yang menyeronokkan bagi kakitangannya, ia telah bertukar menjadi peluang perniagaan kerana mereka turut menerima pertanyaan dan pesanan daripada pengguna di terminal itu.

Sementara itu, pekerja Subang SkyPark seperti Atiqah Sulaiman dan Nurhana Fauzana berkata pembabitan mereka untuk menghasilkan hiasan kolam itu membantu mereka mempelajari seni serta memahami dan menghargai kebudayaan India dengan lebih baik.

- Bernama

Lihat Komen
ADS