Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perintah berkurung Esszone dilanjut 6 Nov
Diterbitkan:  Oct 21, 2014 3:00 PM
Dikemaskini: 7:24 AM

Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dilanjutkan lagi sehingga 6 Nov depan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pelanjutan perintah berkurung yang meliputi kawasan perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, dari jam 7 malam hingga 5 pagi itu berkuatkuasa mulai hari ini.

"Saya memikirkan kawasan keselamatan di timur Sabah ini memerlukan perintah berkurung untuk menjamin ketenteraman dan kedaulatan (negara).

"Keduanya, untuk kita mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta mempermudah tugas agensi-agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan perintah berkurung," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata sepanjang pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini, agensi keselamatan negara di kawasan ESSZone terus mendapat sokongan daripada orang awam, pelancong dan pengusaha pelancongan yang mahu perintah berkurung itu diteruskan.

Jalaluddin menyatakan perintah berkurung itu tidak menjejas ekonomi atau mata pencarian penduduk setempat termasuk golongan nelayan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS