Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sekatan Baram dibina semula selepas dibuka
Diterbitkan:  Oct 22, 2014 11:28 AM
Dikemaskini: 3:31 AM

Sekatan terhadap pembinaan Empangan Baram di Kilometer 15 Jalan Samling didirikan semula beberapa jam selepas dibuka pihak berkuasa untuk kemudahan akses pembalak, dakwa penduduk tempatan.

Johannes Luhat berkata, kira-kira 50 anggota polis dan sepuluh pegawai Jabatan Perhutanan ditemani wakil syarikat pembalakan membuka laluan itu.

Penduduk kampung bagaimanapun berjaya membuat hadangan baru dan berunding untuk Jabatan Perhutanan untuk tempoh bertenang tiga hari sebelum sebarang tindakan lanjut.

“Kami tanya mereka siapa beri kuasa kepada mereka untuk buka hadangan ini, kerana kawasan ini masih dipertikai dan tiada arahan mahkamah dibuat terhadap kami untuk membuka hadangan ini,” kata Johannes.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh NGO tempatan Save River.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS