Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hari jadi Lee diselubungi 'skandang doping'
Diterbitkan:  Oct 22, 2014 2:46 PM
Dikemaskini: 6:53 AM

Ketika diselubungi kontroversi kes doping, pemain badminton nombor satu negara Lee Chong Wei mengadakan majlis sambutan hari ulang tahun bersama keluarga dan rakan-rakan pada Isnin malam.

Lee, yang genap 32 tahun semalam, menulis di Twitter bahawa beliau menyambutnya bersama isteri dan anak.

“Sambutan hari ulang tahun bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan malam tadi,” tulis beliau yang turut memuat naik gambar berkaitan.

Lee dikaitkan media sebagai atlet yang gagal dalam ujian doping oleh Agensi Anti Doping Antarabangsa (WADA) dalam satu kejohanan antarabangsa.

mStar dan syarikat induknya, The Star menerbitkan berita menyatakan Lee, 32 dipercayai 'atlet elit' yang gagal ujian doping dalam satu kejohanan antarabangsa baru-baru ini.

Bagaimanapun tiada sebarang maklumat lanjut didedahkan.

Portal dan akhbar Sin Chew Daily serta TV3 turut melaporkan perkara sama.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin semalam enggan memberitahu nama atlet tersebut kerana perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan persatuan sukan antarabangsa.

Katanya, nama atlet itu tidak akan dinyatakan buat masa ini kerana perlu menunggu sehingga 'sample B' selesai diuji.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS