Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan PP dicadang wujud tanah rizab Melayu
Diterbitkan:  Oct 23, 2014 8:42 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) mencadangkan kerajaan negeri mewujudkan tanah rizab untuk masyarakat Melayu di negeri itu.

    

Presidennya Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata kini tiba masanya Pulau Pinang memperuntukkan sejumlah tanah untuk tujuan itu bagi mengiktiraf penempatan masyarakat Melayu yang bertapak awal di negeri ini sebelum kedatangan Inggeris.  

    

"Sudah sampai masanya kita persoalkan mengapa Pulau Pinang tiada tanah rizab seperti negeri-negeri bersultan lain sedangkan negeri ini dahulunya sebahagian dari Kedah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemenang di George Town malam tadi.

    

Katanya buat masa ini Pulau Pinang hanya mempunyai Tanah Rizab Persekutuan - tanah yang boleh digunakan oleh jabatan-jabatan tertentu di bawah kerajaan persekutuan untuk kegunaan awam.

    

Beliau berkata, cadangan itu adalah rasional kerana terdapat sekurang-sekurangnya 25 kampung di sekitar Jelutong, Tanjung Tokong, Batu Uban dan Balik Pulau diancam pembangunan sehingga menenggelamkan penempatan tradisi masyarakat asal di kawasan itu.

    

Mohd Yussof berharap diadakan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri dalam usaha mewujudkan dan melindungi tanah simpanan Melayu.

Dalam pada itu, beliau menjemput orang ramai menghadiri Seminar Warisan Melayu dan Islam Pulau Pinang anjuran PEMENANG dengan kerjasama ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Think City Sdn Bhd, di kampus USM, pada 1 November.   

    

Katanya sebanyak 10 kertas kerja berkaitan isu pembangunan masyarakat Melayu Pulau Pinang akan dibentangkan dan Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dijadual merasmikan seminar itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS