Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lelaki Itali dilapor hilang, ditemui selamat
Diterbitkan:  Oct 24, 2014 8:24 AM
Dikemaskini: 2:50 AM

Misteri kehilangan seorang warga Itali di Lahad Datu, sejak 18 Oktober lepas terjawab apabila dia dilaporkan selamat dan berada Kepulauan Zamboanga, Filipina.

    

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata maklumat yang menunjukkan William Bocchi berlepas ke satu destinasi pelancongankepulauan itu dari jeti di Sandakan pada 14 Oktober lalu.

    

"Kita difahamkan dia (Bocchi) makan angin... tiada insiden culik atau hilang. Apabila dia tidak balik, keluarga dia memberitahu kedutaan yang kemudian berhubung dengan seorang kawannya di sini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu semalam.

    

Beliau berkata pihak kedutaan turut menghantar surat penghargaan kepadaPolis Sabah atas kerjasama yang diberi berhubung kehilangan Bocchi.

Bocchi, 52, dilaporkan hilang oleh rakannya apabila tidak kembali ke Itali Sabtu lepas seperti dijadual.

    

Terdahulu, Jalaluddin mengiringi Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar melawat Balai Polis Pulau Gaya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS