Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PM arah kementerian sedia hadapi wabak Ebola
Diterbitkan:  Oct 24, 2014 9:20 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau telah mengarahkan Kementerian Kesihatan untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam usaha mencegah penularan wabak Ebola di negara ini.

Perdana Menteri berkata bagi tujuan sama, kementerian itu telah meningkatkan saringan wabak berkenaan di semua pintu masuk antarabangsa di Malaysia.

"Semua hospital di Malaysia juga dalam keadaan bersedia sekiranya ada sebarang kes wabak Ebola dikenal pasti," katanya dalam siaran radio Perdana Menteri yang dimuat naik dalam laman web najibrazak.com hari ini.

Wabak Ebola mula dikesan sejak Mac di Afrika Barat dan telah menular di Liberia, Guinea, Sierra Leone, Congo dan Amerika Syarikat.

Sehingga kini lebih 4,500 kematian dicatatkan berikutan penyakit itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menasihati rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan sebarang maklumat palsu mengenai wabak berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS