Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beban kos untuk menyiapkan tugasan, penginapan dan untuk perjalanan setiap hari menyebabkan golongan siswa ini amat berkira-kira untuk berbelanja bagi makanan harian.

Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.

Buat masa ini mereka masih mampu untuk menganggung kos makan minum namun bimbang jika harga barangan akan terus meningkat.

Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.

"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih,” kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa ( kiri ).

Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.

“(Kenaikan harga) tak menjejaskan (kemampuan) untuk beli makanan, tapi kita kena buat perkiraan setiap apa yang kita makan, takut terlebih dan bila hujung bulan duit tak ada.

“Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih,” kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok ( kanan ) yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya “tidak akan turun”.

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.


SYIFA AZHAR adalah wartawan foto pelatih Malaysiakini.

 

Lihat Komen
ADS