Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siswa bimbang pidato Anwar cetus kekacauan
Diterbitkan:  Oct 25, 2014 6:40 PM
Dikemaskini: 10:50 AM

Satu kumpulan mahasiswa menuntut polis menjaga keselamatan mereka kerana bimbang kehadiran ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya pada minggu depan akan menimbulkan kekacauan di kampus itu.

Kumpulan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya itu menuntut demikian melalui satu memorandum yang diserahkan ke Balai Polis Pantai, menurut laporan KiniTV.

 

Pengerusi NGO tersebut, Wan Mohd Suhail Wan Senu berkata mereka bimbang kerana kunjungan Anwar ke UM itu akan menarik kehadiran “ribuan penyokong fanatik” ketua umum PKR itu.

“Kami takut Anwar salah guna platform program ini dengan menghasut dan exploitasi siswa ke jalan untuk menyokong agenda politik peribadi beliau,” katanya.

“Jika diimbas kembali peristiwa reformasi yang berlaku pada 1998, modus operandi yang sama turut digunakan di mana mahasiswa dan anak muda digunakan untuk membuat kekacauan dan huru-hara.

“Kami bimbang perkara ini akan berulang lagi,” memorandum itu dipetik.

Beliau mengemukakan memorandum itu bersama salinan kenyataan oleh kumpulan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia (PMUM) yang bertegas untuk meneruskan pidato hari Isnin itu.

Pidato umum dengan tajuk 'Anwar Ibrahim: 40 tahun dari UM ke penjara' itu dirancang untuk diadakan pada malam sebelum Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusan terakhir ke atas rayuan Anwar, dalam kes Liwat II.

Mahkamah akan bersidang selama dua hari, 28 dan 29 Oktober untuk memutuskan rayuan Anwar, yang telahpun dijatuhkan hukuman lima tahun penjara dan kini bebas dengan jaminan.

Lihat Komen
ADS