Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
RM500,000 untuk tebatan banjir di S Alam
Diterbitkan:  Oct 25, 2014 7:20 PM
Dikemaskini: 11:23 AM

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk menaik taraf beberapa infrastruktur melibatkan projek tebatan banjir di bandaraya itu.

 

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata ini adalah bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku terutama di kawasan Seksyen 13 di Shah Alam.

"MBSA telah bersetuju untuk menggunakan peruntukannya bagi menaik taraf dua kolam takungan air yang terletak di simpang masuk ke Management Science University (MSU) di sini dan di belakang Masjid Naza TTDI.

"Saya percaya dengan usaha ini akan berjaya menyelesaikan masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu," katanya dalam sidang media selepas membuat tinjauan di lokasi banjir kilat di Seksyen 13. Turut serta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd. Atan.

Selain itu, Mohamed Azmin berkata beliau juga sedia maklum dengan masalah banjir kilat yang sering berlaku di kawasan Sungai Rasau di Shah Alam dan akan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengenai tindakan selanjutnya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS