Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kumpulan Islam kritik 'Malam Halloween' pula
Diterbitkan:  Oct 26, 2014 2:12 PM
Dikemaskini: 6:18 AM

Belum reda dengan kontroversi isu acara sentuh anjing dan pesta arak di Selangor, kumpulan konservatif Islam kini mengkritik isu pengajuran 'Malam Halloween' pula di Negeri Sembilan.

Selepas dikritik keras oleh beberapa kumpulan Islam, kain rentang dan papan iklan besar mempromosikan acara pada malam itu di sebuah sekolah antarabangsa dilapor diturunkan oleh Majlis Perbandaran Seremban.

Sinar Harian semalam melaporkan pihak berkuasa tempatan itu yang sebelum itu meluluskan kain rentang majlis berkenaan, tanpa menyedari maksud sebenar Halloween sehingga tercetusnya kontroversi dan kemudiannya menurunkan semua bahan promosi mengenainya.

Acara yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini selama empat jam di sebuah sekolah antarabangsa di Bandar Sri Sendayan, turut menjemput orang awam menyertai majlis itu.

Halloween adalah satu perayaan tradisi masyarakat barat setiap 31 Oktober.

Bagaimanapun, beberapa kumpulan Islam termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dilaporkan mempersoal penganjuran acara yang disifatkan sebagai "budaya barat" dan tidak sepatutnya diadakan kerana bertentangan dengan budaya Islam.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS