Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini berasa kecewa dengan laporan berita bahawa ada seorang pemain badminton negara yang diuji positif menggunakan bahan yang diharamkan dalam ujian awal.

Naib Presiden BAM Datuk Norza Zakaria memberitahu pemberita bahawa keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diketahui minggu pertama bulan November selepas sampel kedua yang dikenali sebagai 'sampel B' diuji di Norway pada 4 atau 5 November ini.

"Pada umumnya kami berasa terkejut, sedih dan berita itu mengecewakan hati kami... Kami berharap perkara yang terbaik akan hadir dengan keputusan positif pada akhirnya.

"Atlit yang terbabit adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami (dan kami aan) memastikan dia mendapat rawatan yang terbaik dan sokongan daripada kami dan juga negara," katanya.

Beliau juga turut mengesahkan bahan yang ditemui dalam ujian awal itu adalah dexamethasone, sejenis steroid anti-radang.

 

BAM enggan mendedahkan identiti atlit negara itu sekalipun dilapor secara meluas merujuk kepada pemain Datuk Lee Chong Wei. Beliau menarik diri menyertai kejohanan Terbuka Denmark minggu lepas kerana kecederaan.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS