Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam mengarahkan penayangan filem dokumentari yang diharamkan di Singapura dihentikan, walaupun filem itu berjaya ditayangkan di Johor minggu lalu.

Sepuluh pegawai KDN dan beberapa anggota polis hadir ke Freedom Film Festival - yang disokong kerajaan negeri -  di Komtar, Pulau Pinang, bagi menghentikan tayangan filem 'To Singapore, With Love'.

Bagaimanapun, tayangan tersebut dibenarkan selepas perbincangan antara pegawai KDN dan penganjur festival iaitu Pusat Komas dan rakan mereka Suaram Pulau Pinang.

Turut terlibat dalam rundingan itu MP Tanjong Ng Wei Aik - yang dijemput untuk merasmikan tayangan itu bagi mewakili kerajaan negeri - dan ADUN PKR Kebun Bunga Cheah Kah Peng.

Menurut Ng, pegawai itu mendakwa filem tersebut belum mendapat kelulusan daripada lembaga penapisan seperti yang termaktub dalam seksyen 6 Akta Penapisan Filem.

"Tetapi kami berhujah bahawa bawah seksyen 2(3) akta itu tidak terpakai kepada mana-mana filem yang diterbitkan, diedar, dipamer atau disiarkan dalam internet.

"Lagi pula ia adalah majlis persendirian," kata Ng.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS