Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mendekati masyarakat Melayu seperti di Kelantan walaupun parti itu mungkin tidak diterima di sana dengan tangan terbuka, kata Setiausaha Agung PSM, S Arulchelvan

"Baru-baru ini, ketika kami pergi untuk satu 'road show' di Kelantan, PAS merasa sangat terancam. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu diminta supaya menghalang kita masuk ke Kelantan.

"Hujah PAS di Kelantan ialah tiada parti yang boleh bertahan di

Kelantan, hanya PAS dan Umno saja," kata Arulchelvan (kanan) kepada Malaysiakini, dalam satu temu bual di Pulau Pinang.

Beliau berkata PAS mungkin berasa bimbang kerana banyak anak muda Melayu menghadiri program PSM di negeri itu, dan ada maklum balas yang baik terhadap bahan-bahan yang diterbitkan.

Arulchelvan mendakwa bahawa Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, memberitahu partinya bahawa "satu-satunya cara kita boleh mencabar PSM ialah dengan melakukan sebanyak boleh kerja atas alasan sama seperti yang mereka lakukan".

Tambahnya, muktamar PAS yang lalu di Johor juga membincangkan bagaimana ahli parti boleh bekerjaama  dengan PSM.

Mat Sabu (kiri) telah berkata, dengan memetik contoh di Indonesia, bahawa rakyat mengundi Jokowi kerja kerja-kerja yang dilakukannya dan bukan kerana beliau seorang pemimpin parti Islam.

Arulchelvan menjelaskan mengapa orang Melayu boleh tertarik kepada PSM, yang diketuai oleh pemimpin "akar umbi dan dengan perwatakan sederhana".

"Pada masa lalu, PAS mempunyai ikon seperti Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempunyai gaya hidup yang serba sederhana.

"Hari ini, imej seperti ini hanya boleh anda temui pada pemimpin parti sosialis, seperti Ahli Parlimen Sungai Siput Dr D. Jeyakumar dan bekas ADUN Kota Damansara Mohd Nasir Hashim.

"Pemimpin-pemimpin ini berperwatakan sederhana, mereka masih memandu kereta lama mereka dan bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka," katanya.

Sementara itu, Arulchelvan berkata PSM sedang berusaha untuk mengikis persepsi bahawa ia adalah sebuah parti yang  anti-Islam.

Sehubungan itu, katanya, parti itu akan menerbitkan sebuah buku tentang "Islam and Socialism" yang disasarkan untuk orang Islam.

Beliau berkata PSM telah memulakan usaha itu karena semakin banyak orang Melayu telah menjadi ahlinya.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS