Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bot dilanggar kapal tangki, 6 dikhuatiri hilang
Diterbitkan:  Oct 30, 2014 3:25 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Enam anak kapal dikhuatiri hilang manakala seorang lagi diselamatkan selepas bot penunda yang dinaiki mereka dilanggar sebuah kapal tangki di perairan Kuantan berhampiran Pelabuhan Kuantan hari ini.

    

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata kejadian jam 5 pagi itu dipercayai berlaku semasa tujuh anak kapal terbabit berada di dalam bot penunda berkenaan kira-kira enam batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Gelang sebelum dirempuh kapal tangki tersebut.

    

Beliau berkata seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu manakala enam lagi masih hilang.

    

"Anak kapal itu merupakan warga Indonesia berusia 29 tahun dan identitinya belum diperoleh setakat ini. Dia dilaporkan tidak cedera dan berada dalam keadaan stabil," katanya kepada Bernama hari ini.

    

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di lokasi kejadian oleh Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan anggota Bomba dan Penyelamat Negeri.

    

Menurutnya keterangan akan diambil daripada mangsa berhubung kejadian itu bagi membantu siasatan.

    

- Bernama

Lihat Komen
ADS