Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau akan menjawab semua tuduhan pembangkang dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu depan.

Beliau berkata sedang dalam proses mengumpulkan data berkaitan 1MDB yang dikritik hebat pembangkang dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya akan menjawab isu 1MDB ketika sesi penggulungan bajet minggu depan.

"Kementerian sedang kumpulkan jawapan terhadap semua isu yang ditimbulkan pembangkang," kata beliau ringkas ketika ditanya wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Isu 1MDB menjadi isu besar selepas sayap pelaburan kerajaan itu rugi hampir RM38 bilion dan dikritik Mahathir.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tidak menjelaskan sama ada kerajaan bakal menanggung atau menyelamatkan syarikat itu yang dikhuatiri bakal muflis.

Pembangkang khususnya DAP dan PKR pula membuat beberapa siri pendedahan berkaitan perkara itu.

Terbaru, anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyifatkan pengurusan firma pelaburan itu sebagai “sekumpulan orang bodoh yang tidak cekap”.

Ini ekoran laporan menyebut 1MDB membayar komisyen amat tinggi RM15.2 bilion (10 peratus) kepada firma Goldman Sachs untuk penganjuran majlis kutipan derma pada 2012 dan 2013.

Lihat Komen
ADS