Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Polis memanggil MP Kulai Teo Nie Ching untuk mengambil kenyataannya selepas pemimpin DAP itu mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Teo yang juga timbalan ketua publisiti DAP pusat berkata beliau masih belum dimaklumkan sama ada disiasat bawah Akta Hasutan atau peruntukan akta yang lain.

Hal itu berkait dengan ucapannya dalam majlis makan malam DAP di Pekan Nenas, Johor apabila beliau merungut berhubung perkembangan siasatan semula polis terhadap kematian bekas pembantu politik Teoh Beng Hock.

"Saya menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian semalam. Cawangan Khas lapor (ucapan saya) kepada mereka (polis tempatan) dan mereka mahu mengambil kenyataan saya," katanya kepada Malaysiakini.

Teo berkata dalam ucapannya beliau mengkritik ramai tokoh kerajaan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi melibat IGP ia macam tak boleh dikritik.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS