Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengisytiharan Kementerian Dalam Negeri bahawa skuad peronda sukarela di Pulau Pinang (PPS) adalah haran dan asetnya akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi, dicabar negeri itu.

 

Timbalan Ketua PPS Ng Wei Aik berkata aset PPS tidak dapat diserahkan keran ia adalah aset negeri.

Ng yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata pengisytiharan bahawa PPS haram, tidak seharusnya dilakukan secara retrospektif kerana ia umpama meletakkan kereta di depan kuda.

 

Ng berkata dalam kes ini, penangkapan 157 anggota PPS selepas menyertai perarakan hari Merdeka pada 31 Ogos harus dianggap sebagai "tidak sah", dan bahawa mereka harus dibebaskan tanpa syarat.

 

Minggu lepas, jaminan polis bagi anggota PPS termasuk Ng, Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh (kanan) dan ADUN Seri Delima RSN Rayer, telah dilanjutkan buat kali kedua, kali ini sehingga 1 Disember.

 

Phee, yang juga ADUN Sungai Puyu, mengetuai PPS manakala Rayer mengetuai unit di kawasan pilihan rayanya.

 

"Saya cadangkan kerajaan negeri mencabarnya di mahkamah penangkapan yang tidak sah dan pengisytiharan yang salah oleh Kementerian Dalam Negeri bahawa PPS adalah haram," kata Ng.

 

Ng merujuk kepada kenyataan itu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohd Khalid Sharif hari ini ekoran pengisytiharan Menteri Ahmad Zahid Hamidi bahawa unit itu haram, semalam.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS