Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kumpulan reformasi pilihan raya bersih dan adil, BERSIH berkata keutamaan segera menjelang rancangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewartakan persempadanan semula kawasan pilihan raya ialah untuk memanfaatkan kesempatan semasa tempoh bantahan.

Ketua BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata sementara rancangan untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran turut dipertimbangkan, tetapi ia hanya akan diadakan selepas itu.

Maria (kiri) berkata kerajaan juga telah menjadi lebih "canggih" dengan membenarkan bantahan diadakan tetapi tidak mengendahkan tuntutan yang dibuat.

Oleh itu, ini memerlukan cara yang lebih "kreatif", katanya.

"Kami mahu mendapatkan seberapa ramai mungkin untuk membuat bantahan sekiranya kita mendapati bahawa persempadanan semula itu benar-benar tidak adil.

"Jika ramai orang membantah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memikirkannya semula," kata Maria dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas cadangan supaya gerakan reformasi pilihan raya menekankan tuntutannya terhadap persempadanan semula, melalui protes jalanan.

Perlembagaan Persekutuan menyatakan tempoh bantahan selama 30 hari selepas persempadan semula diumumkan, di mana pihak berkuasa tempatan yang terlibat, kerajaan negeri dan kumpulan sekurang-kurangnya 100 pemilih, boleh mengemukakan bantahan.

SPR diperlukan oleh perlembagaan untuk mengadakan inkuiri untuk mendengar bantahan itu, dan kedua-dua Tindak Malaysia dan BERSIH mengadakan program berasingan untuk merekrut dan melatih sukarelawan bagaimana hendak memfailkan bantahan.

Tindak Malaysia juga merayu sukarelawan membantu mengambil gambar peta persempadanan semula itu apabila ia dipamerkan di setiap kawasan pilihan raya, supaya ia dapat membuat analisis.

Ini akan membolehkan kumpulan itu menganalisa dan menentukan sama ada pengundi di setiap negeri akan diagihkan secara sama rata di antara kawasan pilihan raya, didasarkan peta baru itu, dan merangka cadangan balas.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS