Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Parti Progresif Rakyat (PPP) mengingatkan pengundi supaya tidak percayai janji manis Pakatan Rakyat.

Presiden Tan Sri M Kayveas berkata, percaya kepada perkara itu seperti berharap isteri perdana menteri, Rosmah Mansor untuk datang memasak untuk mereka.

“Saya mahu jelaskan, ini semua putar belit pembangkang.

“Jika kamu percaya bahawa kerajaan tidak bagus, mereka (Pakatan) akan menjanjikan tidak ada cukai, tidak ada tol dan tidak perlu membayar minyak petrol.

"Tak payah kerjalah, (kerana) perdana menteri datang rumah kamu, panggil Rosmah masak untuk kamu, (Datuk Seri) Noh Omar akan cuci kereta kamu dan saya akan siramkan pokok buat kamu. 

"Semua pemimpin politik datanag kerja untuk kamu. (Kamu) tak perlu kerja," sindirnya.

Kayveas berkata demikian kepada perwakilan ketika pembukaan konvensyen PPP Selangor hari ini.

Kayveas berkata, jika Pakatan menang sekali pun dalam pilihan raya umum akan datang, keadaan pengundi akan tetap sama jika tidak bekerja keras mempertingkatkan kehidupan mereka.

“(Jika) hari ini pembangkang menang, DAP, PKR, PAS (menang), (keadaan) tetap akan jadi sama.

“Kereta Myvi awak tidak akan bertukar menjadi kereta Mercedes, rumah kos rendah kamu tidak akan bertukar menjadi banglo.

“Kamu kena usaha sendiri, kamu kena bekerja keras untuk meningkatkan diri," ujarnya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS