Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kamaluddin Md Said hari ini setuju untuk melawat ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, lokasi dimana bekas pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamed ditemui mati tiga tahun lalu.

Hakim Kamaluddin menetapkan jam 11 pagi esok untuk melawat bangunan itu.

Ahmad Sarbaini ditemui mati selepas pergi ke SPRM Kuala Lumpur untuk membantu penyiasatan terhadap Jabatan Kastam, yang mana kesnya sama dengan kematian pembantu ahli politik Teoh Beng Hock.

Ketika ini, balu kepada pegawai kastam itu, Maziah Manap, 53, sedang memberi keterangan dalam keadaan sedih kepada Hakim Kamaluddin berhubung tindakannya memfailkan sama terhadap SPRM.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS