Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang eksekutif kanan syarikat penghantaran Jerman DB Schenker Logistics menafikan memberikan rasuah bulanan kepada pegawai kastam allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed.

Wan Zainalabidin Wan Zaki, 44, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dia tidak melakukannya ketika disoal oleh peguam kanan persekutuan Kamal Azira Hassan.

Kamal mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak, saya tidak berikan sebarang rasuah kepada Ahmad,” tegas Wan Zainalabidin, saksi ketiga yang dipanggil oleh balu Ahmad, Maziah Manap.

Semalam, Wan Zainalabidin berkata, Ahmad memberikan namanya dan syarikatnya selepas disoal berulang kali oleh pegawai SPRM berhubung rasuah bulanan RM50.

Wan Zainalabidin kemudian disoal balas oleh peguam utama Maziah, Razlan Hadri Zulkifli, yang mana dia menegaskan tidak merasuah Ahmad.

“Tiada sebab untuk saya lakukannya kerana saya berurusan dalam hal-hal pengeksportan dan Ahmad juga terlibat dalam seksyen sama,” kata Wan Zainalabidin.

Duti biasanya dikenakan terhadap barangan import ke dalam negara, bukan eksport.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS