Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kumpulan MP Pakatan Rakyat menggesa kerajaan meluluskan segera perpindahan pelajar jurusan perubatan dari kolej Allianze University College of Medical Science (AUCMS).

MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, pemindahan pelajar jurusan perubatan dari AUCMS yang menghadapi masalah kewangan itu masih belum mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan.

Sedangkan, pemindahan ke universiti swasta lain itu sudahpun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Seramai 210 orang pelajar kolej itu kini mendaftar di AIMST University sementara 120 orang lagi mendaftar di Cyberjaya University College of Medical Science (CUCMS), katanya.

"Walaupun Kementerian Kesihatan telah luluskan, bagi saya Kementerian Pendidikan amat perlahan (bertindak)," kata Johari dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, masalah kewangan yang dihadapi AUCMS semakin parah sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan.

Justeru, beliau menggesa agar kelulusan diberikan kepada pelajar itu selewat-lewatnya menjelang akhir bulan Disember ini agar kumpulan tersebut boleh meneruskan pengajian mereka pada awal tahun depan.

Dalam sidang media sama, MP Bayan Baru, Sim Tze Tzin turut mempersoalkan kawalan kualiti ke atas kolej swasta yang dikesan mengambil terlalu ramai pelajar berbanding institut pengajian tinggi awam.

Menurutnya, pengambilan pelajar perubatan oleh 12 buah IPTA adalah seramai 807 orang setiap tahun sahaja.

Jumlah itu menjadikan purata pelajar perubatan di setiap kolej adalah sekitar 67 orang sahaja.

Sedangkan katanya, AUCMS sebelum ini mengambil 210 orang pelajar – tiga kali ganda jumlah purata pelajar jurusan perubatan IPTA.

"Kita mahu kementerian jawab bagaimana mereka mengawal kualiti kursus perubatan di kolej swasta," kata Sim.

Lihat Komen
ADS