Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIS: Syarat utama, jangan edar di S'gor
Diterbitkan:  Nov 14, 2014 2:00 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa naskhah Bible yang dipulangkan kepada Persatuan Gereja Sarawak hari ini tidak boleh diedarkan di negeri Selangor.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata ia merupakan syarat utama bagi pemulangan balik naskhah tersebut, yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia pada Januari lalu.

“Pemulangan kembali Bible mengandungi kalimah 'Allah' ini dibuat dengan syarat yang ketat bahawa Bible mengandungi kalimah 'Allah' tidak diedarkan di negeri Selangor,” kenyataannya dipetik.

Beliau juga menegaskan bahawa naskhah berkenaan hanya untuk kegunaan orang Kristian di Sarawak.

Mohd Adzib juga berkata, Sultan Selangor berharap agar cetakan Bible dengan kalimah “Allah” tidak lagi dijalankan di negeri itu.

Katanya, perbuatan tersebut merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

“Baginda Sultan Selangor berharap agama lain juga menghormati dan memelihara sensitiviti agama orang Islam di negara ini, terutama di negeri Selangor,” katanya lagi.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS