Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal bagi setiap orang di Kuala Lumpur pada 2012 lebih tinggi daripada Korea Selatan tetapi lebih rendah berbanding Seoul dan Singapura, menurut laporan yang didedahkan oleh Khazanah Research Institute.

Laporan keadaan isu rumah itu menyebut, KDNK nominal ibu negara Malaysia itu sebanyak AS$24,240 dua tahun lalu, berbanding Korea Selatan AS$22,590 untuk setiap orang.

Bagaimanapun, angka dicatatkan Kuala Lumpur lebih rendah berbanding Seoul dan Singapura yang masing-masing mencatatkan KDNK nominal AS$26,829 dan AS$53,519.

Laporan itu dibentangkan oleh Pengarah Urusan Khazanah Research Institute Datuk Charon Mokhzani ( kiri ) dan dilancarkan oleh Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Bhd Tan Sri Nor Mohammed Yakcop.

Perbandingan itu dibuat bagi menunjukkan jurang besar KDNK nominal setiap orang di negeri-negeri di Malaysia, menurut laporan itu.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS