Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Tak perlu persetujuan Majlis Raja-Raja untuk mansuh Akta Hasutan'

Akta Hasutan 1948 tidak memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum ia boleh dipinda atau dimansuhkan, kata Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham), Datuk Dr Denison Jayasooria .

Katanya, isu itu mungkin dibangkitkan sebagai satu percubaan sengaja untuk memutarbelitkan hujah-hujah sama ada untuk mengekal atau memansuhkan akta itu.

Beliau berkata, ada kumpulan tertentu yang menyasarkan masyarakat Melayu yang menyanjung tinggi institusi beraja.

"Mereka (kumpulan ini) tidak memberi hujah penuh," kata Denison (kanan) ketika ditemui pemberita selepas menjadi moderator perbincangan meja bulat mengenai Akta Hasutan semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Aziz Abdul Rahman baru-baru ini.

MPM, yang menggesa Akta Hasutan dikekalkan atau diperbaiki, dilaporkan berkata persetujuan Majlis Raja-Raja adalah perlu sebelum akta itu boleh dipinda atau dimansuhkan.

Aziz dilaporkan berkata ramai orang bercakap tentang memansuhkan Akta Hasutan tetapi tiada seorang pun daripada mereka bercakap tentang Perkara 159 (5).

Perkara 159 (5) menyebut bahawa sesuatu undang-undang yang membuat sesuatu pindaan kepada Fasal (4) Perkara 10, apa-apa undang-undang yang diluluskan di bawahnya, peruntukan Bahagian III, Perkara 38, 63(4), 70(1), 72(4), 152, atau 153 atau kepada Fasal ini tidaklah boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.

Mengulas perkara itu, Denison berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan, hanya beberapa peruntukan perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja, dan Akta Hasutan bukan sebahagian daripada perlembagaan.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS