Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul MP Pandan Rafizi Ramli yang mahu merujuk Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Parlimen.

Pandikar berpendapat bahawa Ahmad Maslan tidak berniat mengelirukan dewan sewaktu menjawab soalan MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua tentang 1Malaysia Development Berhad pada 6 November lalu.

"Tidak payahlah dibahas atau dirujuk ke mana-mana jawatankuasa kerana yang berhormat timbalan menteri tidak berniat mengelirukan dewan.

"Jadi saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat untuk mengelirukan dewan," kata Pandikar.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pagi ini selepas meneliti hujah Rafizi dan Ahmad Maslan.

Sementara itu, Ahmad pula pada hari ini memohon untuk menambah enam patah perkataan ke dalam penyata rasmi Parlimen.

Menurutnya, enam patah perkataan itu bagi menjelaskan lagi kenyataannya pada 6 November lalu, bahawa kerajaan tidak mengeluarkan sebarang surat jaminan lain selain ke atas sukuk bernilai RM5.8 bilion.

"Saya menerima kekhilafan atas tertinggalnya enam perkataan tersebut yang menyebabkab salah faham.

"Saya tidak ada niat mengelirukan dewan.

"Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang lemah itu daripada hambaNya.

"Maaf dan terima kasih," kata Ahmad ketika ucapannya semasa persidangan Dewan pagi ini.

Lihat Komen
ADS