Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penjawat awam di Sarawak akan menerima bonus setengah bulan gaji atau bayaran minimum RM500, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini.

Beliau berkata pembayaran bonus itu adalah sebagai mencontohi keputusan Kerajaan Persekutuan memberi bonus kepada penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober lepas.

"Biasanya, jika Kerajaan Persekutuan memberi bonus, kerajaan negeri akan mengikutinya," kata beliau kepada pemberita selepas menggulung perbahasan Bajet Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Kuching hari ini.

Dalam ucapan penggulungannya, Adenan berkata beliau berpuas hati dengan usaha Perkhidmatan Awam Negeri melaksanakan program transformasi yang merangkumi komponen penting sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

"Ini untuk memastikan bahawa rakyat akan mendapat manfaat daripada khidmat yang cekap dan berkesan yang disediakan perkhidmatan awam," kata beliau.

- Bernama

Lihat Komen
ADS